Untuk memohon Rumah Selangorku, pemohon mesti memenuhi syarat kelayakan tertentu, termasuk pendapatan isi rumah dan dokumen yang diperlukan. Syarat Kelayakan Warganegara Malaysia: Pemohon dan pasangan mesti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pendapatan Isi Rumah: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500 sebulan. Terdapat kategori pendapatan yang berbeza untuk jenis rumah yang berbeza: Jenis A: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000. Jenis B, C, dan D: Pendapatan minimum RM3,001 sebulan. Kelayakan Pemilikan: Pemohon atau pasangan tidak boleh memiliki rumah lain sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor. TempohSah Permohonan: Permohonan adalah sah selama 2 tahun. Jika masih dalam status “senarai menunggu” selepas tempoh tersebut, pemohon perlu membuat permohonan baru Dokumen Diperlukan Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut semasa pendaftaran: Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Salinan surat nikah (jika berkahwin) atau dokumen berkaitan lain. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan. Laporan CCRIS/CTOS untuk pemohon dan pasangan.  Proses Permohonan Pendaftaran: Pemohon boleh mendaftar secara dalam talian di laman web rasmi Rumah Selangorku. Pemilihan Projek: Pemohon perlu memilih jenis rumah dan lokasi yang diingini berdasarkan pilihan yang tersedia. Penghantaran Permohonan: Hanya permohonan yang lengkap akan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).  Jenis Rumah dan Harga Rumah Selangorku menawarkan pelbagai jenis unit, termasuk pangsapuri dan rumah teres, dengan harga yang berbeza bergantung kepada jenis dan lokasi. Harga rumah tidak melebihi RM250,000, tetapi boleh berbeza mengikut kategori dan spesifikasi. Dengan memenuhi syarat-syarat ini, pemohon berpeluang untuk mendapatkan rumah mampu milik melalui skim Rumah Selangorku. 1) PROJEK FLORA HIJAUAN, TAMAN MELATI 2) PROJEK TOWNHOUSE PUNCAK AWANI, SG BULOH

Read More

Ramai rakyat Malaysia yang bekerja sendiri atau tiada slip gaji rasa susah untuk dapatkan pinjaman perumahan. Bank biasanya perlukan bukti pendapatan tetap sebelum luluskan pinjaman. Di sinilah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) memainkan peranan. Apa Itu SJKP? SJKP ialah skim pembiayaan perumahan yang dijamin oleh kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad, anak syarikat milik

Read More

Melantik Ejen Hartanah bukan kos, tapi pelaburan untuk pastikan rumah anda terjual lebih cepat, mudah & menguntungkan. 5 sebab utama kenapa anda perlu melantik Ejen Hartanah: 1.Pengetahuan Pasaran & Harga Semasa Ejen hartanah mahir dengan trend pasaran semasa, nilai hartanah kawasan tertentu, dan boleh membantu menetapkan harga jual atau sewa yang sesuai. 2.Urusan Dokumentasi &

Read More